Panduan Bisnes Cetak Baju

on Sunday, 14 October 2012

Cetak baju ataupun tshirt sudah biasa bagi sebilangan rakyat Malaysia kerana perkhidmatan ini boleh didapati di mana-mana sahaja terutamanya melalui internet. Perniagaan cetak baju ini boleh dilakukan hanya dari rumah sebagai bisnes kecil-kecilan yang memberi pendapatan yang sangat lumayan, maka tidak mustahil bisnes ini semakin mendapat perhatian masyarakat.

Modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes cetak baju ini tidaklah besar seperti kebanyakan perniagaan lain kerana ianya hanya memerlukan beberapa alatan khas dan tempahan. Anda tidak perlu membeli mesin canggih dan mahal untuk menceburi bisnes ini, apa yang paling penting adalah mempunyai kemahiran. Anda boleh dapatkan panduan cetak baju sendiri sebelum memulakan bisnes ini, Jom Cetak Baju salah satu panduan yang boleh anda rujuk,

Selain dari memanfaatkan cara cetak baju ini untuk tujuan bisnes ataupun perniagaan kemahiran ini juga boleh digunakan untuk diri sendiri seperti mencetak baju sendiri dengan corak dan gaya kreativiti sendiri. Anda tak perlu bersusah payah mencari baju mempunyai corak seperti yang anda mahukan kerana corak tersebut anda boleh buat sendiri dengan mudah. Anda boleh bergaya dengan baju keluaran sendiri yang tiada di pasaran.

Terdapat banyak peluang bisnes dengan cetak baju ni seperti dengan media sosial facebook, blog dan sebagainya. Anda boleh mula dengan kenalan-kenalan terdekat dan ahli keluarga terdekat, saudara mara, rakan-rakan serta pelajar-pelajar sekolah mahupun institusi. Laman sosial seperti facebook sudah terkenal dengan salah satu medium pemasaran yang sangat berkesan dalam mempromosikan sesuatu produk boleh digunakan untuk mendapatkan tempahan cetak baju.

Melalui buku panduan Jom Cetak Baju, banyak yang dapat dipelajari sebagai permulaan kepada bisnes anda seperti dapat pelajari kaedah mudah cetak tshirt dan tutorial belajar cara cetak melalui teknik SilkScreen dengan menggunakan rubber dye. Panduan ini menerangkan langkah demi langkah juga disertakan dengan imej serta video dan juga beberapa kaedah cetak baju lain yang boleh digunakan seperti Heat Transfer. Sumber rujukan dan Tshirt design juga disertakan dalam panduan tersebut.

Siapa yang mencari perkhidmatan ini?

Banyak orang mencari perkhidmatan  ataupun servis cetak baju ini antaranya adalah orang perseorangan untuk kegunaannya sendiri mahupun bisnes, organisasi perniagaan yang memerlukan baju khas untuk staf mereka, pelajar sekolah dan institusi sebagai kenangan mahupun baju kelab/persatuan tertentu dan sebagainya. Jika anda dapat memberi tawaran yang menarik serta rekebentuk/grafik yang cantik sudah tentu ramai yang berminat dengan servis anda. Oleh kerana potensi bisnes T-shirt ini sangat meluas anda perlu dapatkan panduan Jom Cetak Baju ini untuk pelajari Rahsia Bisnes T-Shirt Teknik "Silkscreen" dan memperoleh keuntungan 100% jualan tshirt anda.

Anda boleh dapatkan info dengan lebih jelas lagi di sini. Selamat Belajar.
 
© Panduan Belajar Cetak Baju All Rights Reserved